07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Tarikh: 23 November 2025 (Ahad)
Lokasi: Bilik Seminar, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang
Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari

Program usahasama ini dianjurkan oleh Persatuan Jaya Diri Negeri Johor, dengan kerjasama Jabatan Akademik dan Pembangunan Insan (JAPI), ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, serta Awana Bayu (M) Sdn. Bhd.. Program ini melibatkan penyertaan semua pelajar Moral. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Krishnasamy Muniandy, Pengerusi Persatuan Jaya Diri Negeri Johor, dan seterusnya dirasmikan oleh Yang Berbahagia SAC (R) Dato’ Sugumaran A/L Raman, Pengerusi Yayasan Sultanah Rogayah. Program ini bertujuan memberi dorongan kepada pelajar untuk membuat perubahan positif serta meningkatkan potensi diri.

En. Kalaivanan Karuppanan, Pengarah & Penasihat TVET dari Awana Bayu (M) Sdn. Bhd., menyampaikan taklimat mengenai kepentingan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai laluan ke arah masa depan cerah dan berpendapatan tinggi. Beliau menekankan bahawa disiplin, komitmen dan penerokaan minat individu adalah elemen penting untuk mencapai kejayaan. Beliau turut berkongsi perjalanan kehidupan beliau—daripada seorang pelajar vokasional kepada seorang pengarah yang berjaya. Program diteruskan dengan sesi perkongsian oleh beberapa pelajar Moral mengenai hala tuju dan pengalaman mereka sepanjang berada di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Puan Punitha Bangaraiyah, Ketua Jabatan Akademik dan Pembangunan Insan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, diikuti dengan lawatan ke Pameran Awana Bayu. Dalam ucapan beliau, Puan Punitha merakamkan penghargaan kepada semua peserta dan penganjur, serta menegaskan bahawa pembelajaran berterusan, kemahiran insaniah dan dedikasi adalah asas melahirkan insan berdaya saing. Beliau turut mengingatkan bahawa kejayaan adalah satu perjalanan, bukan destinasi, dan program sebegini diharapkan menjadi titik tolak kepada inisiatif pembangunan pelajar pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif penganjurannya dan mendapat penyertaan aktif daripada para pelajar. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi sebagai platform pembangunan motivasi, pembelajaran dan penerokaan minat dalam kalangan pelajar.

Skip to content