24 November – Majlis Apresiasi Pelajar Semester Akhir Sesi 2/2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna di Amber Hall, Kota Masai. Majlis yang bertemakan “Glamorous Masquerade” ini dianjurkan bagi menghargai komitmen, pencapaian dan sumbangan para pelajar semester akhir dari pelbagai bahagian.
Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan pergerakan pelajar dari Kampus Senai dan diikuti pelajar dari Kampus Pasir Gudang pada jam 9.00 pagi. Pendaftaran pelajar bermula pada jam 9.30 pagi, sebelum ketibaan Pengarah serta kakitangan jemputan pada jam 10.30 pagi.
Acara dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan wakil pelajar, dan seterusnya ucapan dan amanat daripada Pengarah yang menekankan kepentingan integriti, kepimpinan dan kecemerlangan diri dalam meneruskan perjalanan akademik serta kerjaya selepas tamat pengajian. Tuan Pengarah juga menekan aspek A.S.K.A.R. menjadi satu pegangan kepada para pelajar di masa hadapan agar menjadi insan yg lebih cemerlang.
A – Attitude
S – Skills
K – Knowledge
A – Adaptability
R – Resiliant
Kemuncak majlis adalah Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik Bahagian serta Anugerah Tokoh Gemilang Pelajar, yang diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang berdasarkan akademik, sahsiah dan penglibatan dalam kegiatan kampus.
Majlis diteruskan dengan jamuan makan pada jam 11.30 pagi. Pelajar Dari kursus Teknologi Minyak Dan Gas (MIOG) turut mempersembahkan bakat masing-masing dalam slot persembahan, diikuti acara cabutan bertuah, Anugerah King & Queen dan sesi fotografi.
Majlis bersurai pada jam 1.00 tengah hari dengan suasana penuh kegembiraan dan penghargaan antara pelajar dan warga institusi.
Penganjuran majlis ini diharap dapat menjadi motivasi kepada semua pelajar untuk terus cemerlang serta menghargai jasa dan usaha yang telah dicurahkan sepanjang pengajian mereka di sini.
