ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan rasmi daripada Pegawai KPDNKK Johor, Tuan Kamaruzaman pada 25 November 2025. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik serta keperluan peralatan latihan bagi menyokong pembangunan kemahiran pelajar TVET selaras dengan keperluan industri semasa.
Pihak ADTEC JTM amat menghargai kunjungan dan sokongan daripada KPDNKK Johor dalam usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama industri.
