ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dengan kerjasama Johor Talent Development Centre (JTDC) telah menerima kunjungan daripada Eureka Lighting Sdn. Bhd pada 25 November 2025. Lawatan ini turut merangkumi sesi taklimat kerjaya dan temuduga kepada para pelajar ADTEC Pasir Gudang. Seramai 15 pelajar jurusan Instrument Perindustrian telah terlibat dalam sesi ini bagi peluang kerjaya bersama syarikat tersebut.
Kerjasama seperti ini membuka ruang kepada pelajar untuk memahami keperluan industri sebenar serta memberi laluan kepada penempatan kerja selepas tamat pengajian. Terima kasih kepada Eureka Lighting dan JTDC atas sokongan berterusan dalam pembangunan bakat TVET.
