07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Sempena sambutan Maulidur Rasul 2025, satu Pertandingan Nasyid telah dianjurkan bertempat di Dewan Kuliah Utama pada 25 November 2025 dengan penyertaan meriah daripada pelajar dan staf. Program ini bertujuan memupuk semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW melalui seni persembahan nasyid, di samping membina keyakinan diri, kerjasama berkumpulan serta kreativiti para peserta.

Pertandingan ini menerima penyertaan daripada pelajar mewakili enam kursus berikut:

  1. Teknologi Penyenggaraan Mekanikal
  2. Teknologi Perkakasan Dai
  3. Teknologi Automotif
  4. Teknologi Instrumen Perindustrian
  5. Teknologi Rekabentuk Produk Industri
  6. Teknologi Elektronik Industri

Setiap kumpulan mempersembahkan lagu nasyid pilihan masing-masing sama ada menggunakan alatan muzik atau iringan minus one, seperti yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Bagi kategori staf, penyertaan disertai oleh satu kumpulan gabungan tenaga pengajar daripada Teknologi Automotif dan Teknologi Instrumen Perindustrian. Kehadiran staf dalam pertandingan ini menyemarakkan lagi suasana dan memberikan inspirasi kepada para pelajar melalui persembahan yang berkualiti dan penuh profesionalisme.

Persembahan para peserta telah dinilai berdasarkan beberapa aspek utama iaitu:

  1. Nyanyian – paduan suara, vokal utama dan tempo.
  2. Koreografi – persembahan dan pergerakan di pentas.
  3. Pakaian/Kostum – kesesuaian tema, keseragaman dan kekemasan.

Setiap kumpulan menampilkan kreativiti tersendiri melalui vokal harmoni, susunan persembahan serta gaya penampilan yang menarik. Pertandingan berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah, dengan sokongan padu para pengajar, peserta dan penonton. Program ini berjaya menghidupkan semangat Maulidur Rasul melalui seni budaya Islam sambil mempamerkan bakat dan kemampuan pelajar daripada pelbagai bidang teknikal. Selain menjadi medan persaingan sihat, pertandingan ini turut memperkukuh nilai kerohanian, disiplin dan kerjasama dalam kalangan pelajar serta staf.

Skip to content