07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Program Operation Ruksyah: Survival Solat telah dijalankan dengan jayanya di Surau Al-Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 25 November 2025 dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pelajar. Program ini dianjurkan MPP dan dikendalikan oleh fasilitator terlatih dalam memberi pendedahan khusus tentang tatacara solat dalam situasi kecederaan dan sakit, selaras dengan rukhsah yang dibenarkan dalam Islam.

Program dimulakan dengan slot pengenalan ringkas mengenai konsep ruksyah, sebelum peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan latihan. Setiap kumpulan dibimbing oleh fasilitator pelajar yang terlatih.

Antara pengisian utama termasuk:
-Amali solat secara duduk bagi individu yang tidak mampu berdiri.
-Demonstrasi solat secara baring dan isyarat mengikut keadaan pesakit.
-Cara mengurus wuduk dan tayammum apabila anggota terbalut atau tidak boleh terkena air.
-Soal jawab ringkas mengenai situasi sebenar yang biasa dialami pelajar ketika kecederaan.

Sepanjang program, suasana sangat interaktif dan para peserta berpeluang mempraktikkan sendiri kaedah solat tersebut. Pendekatan praktikal ini membantu pelajar memahami bahawa solat tetap wajib, namun syariat memberi kemudahan apabila ada keuzuran.

Program diakhiri dengan sesi rumusan ringkas dan kata-kata semangat daripada MPP. Semoga pendedahan ini membantu pelajar lebih yakin mengamalkan solat walau dalam keadaan diuji dengan kecederaan atau kesakitan.

Skip to content