07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan ringkas daripada salah seorang alumni institut, En. Abdul Munir bin Abu Bakar, pelajar Teknologi Fabrikasi Logam Tahun 2006, pada 26 November 2025 (Rabu).
Walaupun kunjungan ini berlangsung secara santai selama lebih kurang 30 minit, kehadiran beliau tetap memberikan nilai yang sangat bermakna kepada para pelajar yang sempat ditemui.

En. Abdul Munir kini berkhidmat sebagai Technical Manager di TNZ Engineering Services Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang penyelenggaraan fasiliti makmal, pemasangan gas khas, perabot makmal, sistem saluran udara, serta perdagangan bahan kimia dan alat paip instrumen.

Dalam sesi ringkas tersebut, beliau sempat:
✔️ Beramah mesra bersama sekumpulan pelajar
✔️ Berkongsi pengalaman bekerja dalam industri
✔️ Memberikan motivasi tentang pentingnya disiplin, kemahiran, dan sikap ketika di alam pekerjaan
✔️ Menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh pelajar

Walaupun beliau tidak berkesempatan bertemu pihak pengurusan atau melakukan sesi tinjauan kawasan, namun interaksi spontan ini tetap memberi impak positif kepada pelajar-pelajar yang terlibat.
Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Abdul Munir atas kesudian beliau meluangkan masa untuk kembali memberikan motivasi kepada pelajar. Semoga perkongsian beliau hari ini dapat menyuntik semangat kepada generasi baharu TVET.

Skip to content