07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Pelan Strategik 2026 yang dihadiri oleh 23 orang pegawai di peringkat pengurusan kampus. Turut hadir ialah Ts. Dr. Hj Azli Amin Bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai. Bengkel yang dikelolakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 November 2025 di ADTEC JTM Kampus Senai.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan sebelum ini serta merangka hala tuju kampus bagi tahun 2026. Perancangan ini diselaraskan dengan hala tuju Pelan Strategik JTM 2021-2025 dan 2026-2030 serta dapatan Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik JTM 2021-2030. Bengkel dijalankan secara interaktif melalui sesi perbincangan berkumpulan sebelum hasil dapatan dibentangkan oleh enam (6) bahagian.

Semoga usaha ini dapat memperkasa hala tuju strategik kampus dalam menyokong agenda TVET Negara dan memastikan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai terus relevan serta berdaya saing.

Skip to content