07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Mini Forum Ikon Pelajar melibatkan tiga tokoh pelajar inspirasi ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai pada 26 November 2025 di Surau Al-Mawaddah. Program ringkas namun sarat motivasi ini menghimpunkan pelajar-pelajar yang pernah melalui pelbagai cabaran dalam perjalanan akademik mereka sebelum bangkit menjadi ikon kepada rakan-rakan lain.

Panel Jemputan Ikon Pelajar

  1. Saudara Mohd Syafiq bin Mohd Yusuf
    Teknologi Kimpalan
    -Tokoh Pelajar Keseluruhan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai
    -Anugerah Pelajar Cemerlang Bahagian Teknologi Kimpalan
    -The Empowerment Icon Award
  2. Saudara Rafiqi bin Abdul Rahim
    Teknologi Elektrik
    CSR Commitment Award
  3. Saudara Muhammad Akmal Hakim bin Mohd Noh
    -Teknologi Kimpalan
    -The Beacon of Faith Award

Gotong-royong Memasak Mi Sizzling
Bahagian menarik program ini turut diserikan dengan aktiviti memasak mi sizzling yang dikendalikan oleh rakan-rakan Surau Al-Mawaddah sebagai tanda kebersamaan dan semangat ukhuwah warga kampus. Program diakhiri dengan jamuan santai bersama seluruh warga kampus yang hadir.

Kisah Inspirasi di Sebalik Tiga Ikon Ini
Apa yang paling menarik, ketiga-tiga ikon pelajar ini pada asalnya tidak berminat untuk menyambung pengajian di ADTEC.
Masing-masing memilih untuk terus bekerja kerana merasakan laluan pendidikan bukan pilihan terbaik buat mereka.
Namun takdir Allah menentukan sebaliknya. Ada antara mereka yang belajar di ADTEC sekadar memenuhi kehendak ibu bapa. Ada yang banyak membuang masa di asrama dan pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh warden.
Namun, sewaktu diberi denda untuk mengikuti slot kerohanian dan usrah, hati mereka mula terbuka. Mereka dipupuk semangat belajar, diberikan bimbingan, dan perlahan-lahan berubah menjadi insan yang lebih baik, lebih berdisiplin, dan lebih berfokus.

Hari ini, mereka berdiri di hadapan rakan-rakan sebagai ikon kejayaan – satu bukti bahawa:
“Tidak semua yang kita anggap tidak baik itu benar-benar buruk. Kadang-kadang Allah sembunyikan hikmah pada jalan yang kita tidak suka.” (rujuk Surah Al-Baqarah 2:216)
Kini mereka sendiri mengakui hikmah itu—bahawa ADTEC menjadi titik perubahan yang membina masa depan mereka. Tahniah kepada ketiga-tiga ikon pelajar atas perkongsian yang penuh makna. Semoga program sebegini terus menjadi penyuntik semangat kepada pelajar lain untuk bangkit dan mencipta masa depan yang lebih gemilang.

Skip to content