07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Alhamdulillah, Program Survivor 2 Hari 1 Malam anjuran APM PISPA ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan komitmen. Program ini disertai oleh 6 pegawai bertugas serta 40 pelajar APM PISPA ADTEC, berlangsung di Otternest Camp yang kaya dengan khazanah alam semula jadi.

Program ini berjaya meningkatkan ketahanan mental dan fizikal peserta melalui Pelbagai aktiviti lasak dan berpasukan dijalankan seperti jungle trekking, waterfall trail, obstacle course, survival cooking, archery, body combat dan teambuilding games dan pemantapan kemahiran asas survival serta pengukuhan semangat kerjasama. Peserta menunjukkan disiplin dan semangat berpasukan yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

Tahniah dan syabas kepada semua pegawai bertugas serta peserta yang menjayakan Survivor 2D1N Programme ini. Semoga pengalaman ini menjadi nilai tambah dalam membentuk jati diri, kepimpinan dan kekuatan karakter para peserta.

Skip to content