07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Penolong Pengarah CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, bersama pegawai CESS, telah menghadiri perbincangan di Iskandar Puteri pada 1 Disember 2025. Perbincangan ini turut dihadiri oleh:
-Wakil Presiden PEKEMA Malaysia
-Ketua Biro Automotif Dewan Teraju Perniagaan Bumiputera Negeri Johor
-Pengurus Besar KEJORA beserta pegawai

Antara perkara yang dibincangkan termasuk kolaborasi strategik antara ADTEC Pasir Gudang & Senai dengan PEKEMA dan KEJORA, program latihan kenderaan elektrik (EV), serta latihan untuk belia Johor bagi membangunkan tenaga kerja automotif yang mahir dan berdaya saing. Kolaborasi ini menunjukkan komitmen berterusan ADTEC dalam memperkasa pembangunan kemahiran TVET dan menyediakan peluang kerjaya berkualiti untuk generasi muda.

Skip to content