07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah dijemput menghadiri Vocational Integrated Skilled Talent Advancement (VISTA i-Plus) Engagement Network kali kedua pada 2 Disember 2025, anjuran PETRONAS Berhad, yang berlangsung di Amari Hotel, Johor Bahru.

Program ini turut disertai oleh lebih 30 industri dan wakil penyedia latihan, termasuk rakan strategik seperti Johor Talent Development Council (JTDC) dan lain-lain, menjadikan sesi ini platform penting untuk membincangkan hala tuju pembangunan bakat mahir negara.

Wakil ADTEC, Tc Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab, telah berkongsi penerangan mengenai perjalanan kerjasama strategik ADTEC Pasir Gudang & Senai bersama PETRONAS sejak 2009 hingga kini, sebuah hubungan erat yang terus memperkukuh pembangunan tenaga mahir industri. Turut hadir ialah pengajar Program VISTA PETRONAS dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Terima kasih kepada PETRONAS Berhad atas penganjuran program berimpak tinggi ini serta peluang memperkukuh jaringan kolaborasi bersama rakan industri dan agensi pembangunan bakat.

Skip to content