9 pelajar Jurusan Instrument Perindustrian, bersama 2 tenaga pengajar dan pegawai CESS ADTEC, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Outspan Malaysia Sdn. Bhd., Tanjung Pelepas pada 3 Disember 2025.
Lawatan disambut oleh Pengurus Sumber Manusia dan pegawai syarikat, di mana peserta dibawa melawat sekitar industri dan melihat secara langsung perjalanan kerja. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami aplikasi praktikal kemahiran mereka dalam persekitaran industri sebenar, sekaligus memperkukuh hubungan antara institusi latihan dan sektor industri. Terima kasih kepada Outspan Malaysia Sdn. Bhd. atas kerjasama dan sambutan mesra sepanjang lawatan.
