07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Program Baja Kompos Fast Track ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah dilaksanakan dengan penuh semangat dan komitmen oleh 11 orang kakitangan Taskforce Pengurusan Baja Kompos yang berlangsung di tapak baja kompos ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 3 November 2025.

Program ini sebagai salah satu usaha untuk memupuk budaya kelestarian, mengurus sisa organik secara bertanggungjawab, serta menyokong inisiatif kampus hijau. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengalaman praktikal kepada peserta, tetapi membuka mata tentang pentingnya amalan zero waste dalam kehidupan seharian. Setiap langkah — dari pengasingan bahan dan penyusunan lapisan kompos, mengajar kami bahawa bumi memerlukan tindakan kecil tetapi konsisten daripada semua.

Semoga aktiviti ini menjadi platform pembelajaran yang efektif serta meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar. Mari bersama menyokong inisiatif hijau dan teruskan amalan kompos dalam komuniti kampus. Semoga inisiatif ini terus berkembang dan menjadi contoh kepada warga kampus lain untuk mewujudkan persekitaran yang lebih hijau, bersih dan lestari.

Skip to content