07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Program TechMaker Live telah berjaya dilaksanakan pada 10 Disember 2025 bertempat di Surau Al-Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Siaran langsung berbentuk podcast ini dijalankan melalui platform TikTok sebagai usaha memperkukuh promosi dua kursus utama iaitu Teknologi Pembuatan (Perkakasan) dan Teknologi Rekabentuk Produk Industri.

Sesi podcast ini telah dihoskan oleh Pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan, Tuan Haji Noorazam bin Yaakob yang memimpin perbualan secara santai namun padat dengan maklumat berkaitan laluan kerjaya, peluang pembelajaran dan kelebihan menyertai program-program ini.

Program turut diserikan dengan kehadiran dua orang panel alumni ADTEC JTM yang kini aktif dalam industri iaitu Encik Zulfikri bin Azhar (bekas pelajar Tek.Pembuatan (Perkakasan Dai) dan Encik Muhamad Amar bin Rosli (bekas pelajar Tek.Rekabentuk Produk Industri).

Para panel berkongsi pengalaman sebenar dunia pekerjaan, perkembangan teknologi semasa, serta nasihat untuk pelajar yang berminat menceburi bidang pembuatan dan rekabentuk produk. Perkongsian mereka memberi gambaran jelas kepada penonton mengenai potensi kerjaya dan kemahiran yang sedang mendapat permintaan tinggi dalam industri.

Program TechMaker Live ini bukan sahaja berjaya mempromosikan kursus-kursus teknikal ADTEC JTM, malah memberi inspirasi kepada masyarakat dan pelajar melalui platform digital yang lebih dekat dengan generasi muda. ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang terus komited melahirkan tenaga mahir yang kompeten serta relevan dengan keperluan industri semasa.

Skip to content