07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

SENAI | 11 Disember 2025. Lawatan Pentauliahan Pusat Bertauliah Cawangan (PBC) bagi Program berasaskan COPTPA Kampus Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC) JTM Kampus Pasir Gudang Fasa 3 Tahun 2025 untuk bidang Elektronik Industri (C264-001-3:2025: Electronic Equipment and Appliances Repair and Maintenance) telah berjaya dilaksanakan pada 11 Disember 2025 di ADTEC JTM Kampus Senai.

Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh Pengurus Pusat Bertauliah, merangkap Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus. Lawatan ini diketuai oleh Pegawai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Puan Nizatunnisak binti Zaidon, yang memulakan sesi dengan menyampaikan taklimat mengenai objektif penilaian, prosedur pemeriksaan serta atur cara lawatan bersama dua panel lantikan JPK, iaitu Tuan Haji Mohd Fatah bin Mohd Ramly dan Encik Rosli bin Rahmat.

Sesi pentauliahan ini turut dihadiri oleh semua personel berkaitan, termasuk Timbalan Pengarah Latihan, Pegawai Pengesah Dalaman (PPD),Pegawai Penilai (PP), Tenaga Pengajar Program Elektronik Industri, serta wakil-wakil dari bahagian pengurusan sumber seperti BKKL, BPPL, wakil BPPA, Kaunselor, dan pihak CESS. Kehadiran semua pihak berkaitan ini memberikan gambaran komitmen penuh pusat bagi memastikan kelancaran proses penilaian serta pematuhan menyeluruh terhadap keperluan COPTPA.

Lawatan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan komprehensif di bengkel latihan, termasuk penilaian terhadap Fasiliti latihan teori dan amali, Peralatan tangan, peralatan ujian dan kelengkapan latihan (tools & equipment), Bahan latihan (materials), serta Training Equipment and Materials (TEM) bagi memastikan kesemuanya memenuhi kehendak NOSS COPTPA. Selain pemeriksaan fasiliti, panel turut mengadakan sesi temu bual bersama para pelatih untuk menilai kefahaman, pengalaman latihan, serta kesediaan pelatih mengikuti standard industri. Panel juga melaksanakan semakan kelayakan tenaga pengajar, termasuk kompetensi teknikal, kelayakan profesional, sijil kemahiran serta pengalaman industri bagi memastikan kecukupan dan kesesuaian barisan personel.

Seterusnya, pihak pusat mengadakan sesi pembentangan dan pengemukaan bukti (evidence presentation) mengikut struktur penilaian yang melibatkan tujuh (7) bidang utama Program COPTPA, iaitu:

  1. Pembangunan dan Penyampaian Program,
  2. Penilaian Pembelajaran Pelajar,
  3. Pemilihan Pelajar dan Khidmat Sokongan,
  4. Tenaga Pengajar,
  5. Kemudahan,
  6. Pengurusan Program,
  7. Pemantauan dan Semakan Semula Program serta Penambahbaikan Kualiti Berterusan.

Secara keseluruhan, sesi pentauliahan berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat antara panel JPK dan warga ADTEC. Penglibatan menyeluruh semua bahagian teknikal dan sokongan menunjukkan komitmen tinggi pusat terhadap pematuhan standard COPTPA serta usaha berterusan dalam memastikan kualiti latihan berada pada tahap terbaik. Lawatan ini juga menjadi platform penting bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan supaya program terus relevan dengan keperluan industri semasa.

Skip to content