07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Program Ziarah Alumni: Legacy, Industry & Heritage Tour telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Disember 2025, bertujuan memperkukuh jaringan hubungan antara institusi dan alumni serta memberi pendedahan sebenar berkaitan dunia industri, keusahawanan dan warisan.

Program ini telah disertai oleh seorang Pegawai BPPL bersama Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, sebagai usaha bersepadu memperkasa hubungan strategik antara pelajar, institusi dan alumni. Antara alumni yang telah diziarahi ialah Encik Mohd Azri, seorang Technician di Eco Tropics yang turut mengusahakan perniagaan tempe, selain mengendalikan bengkel kimpalan dan CNC secara kecil-kecilan. Perkongsian beliau memberi inspirasi tentang kepentingan kemahiran teknikal dan keusahawanan sebagai nilai tambah kerjaya.

Program ini turut melibatkan ziarah kepada alumni bidang automotif yang telah berjaya, antaranya:
i. Encik Mohd Aiman Hakim bin Saini – Chief Technician Isuzu
ii. Encik Muhammad Afiq Haikal bin Nazari – Chief Supervisor Isuzu
iii. Encik Muhammad Daniel Low Bin Ismail Low– Pengusaha Bengkel Motorsikal
iv. Encik Muhammad Najib bin Mohd Nor – Usahawan Bengkel Kereta
v. Encik Mohd Fateh bin Zahari – bekas pelajar Teknologi Instrument, kini seorang kontraktor berjaya dan turut mengusahakan equestrian farm

Sepanjang sesi ziarah, para peserta berpeluang mendapatkan nasihat, motivasi serta perkongsian pengalaman industri sebenar daripada alumni. Selain itu, program ini turut dimanfaatkan untuk merancang pelaksanaan Program Perhimpunan Alumni pada masa akan datang sebagai medium memperkukuh jaringan alumni dan sokongan berterusan kepada institusi.
Program ini turut diserikan dengan lawatan ke beberapa lokasi bersejarah sekitar Melaka, bagi menghayati nilai warisan dan sejarah negara selari dengan konsep Legacy dan Heritage.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat diteruskan sebagai kesinambungan legasi kecemerlangan alumni serta pembangunan pelajar secara holistik.

Skip to content