Program Harimau Selatan On Tour: Piala Malaysia Experience telah berjaya dilaksanakan pada 14 Disember 2025 dengan penyertaan seramai 44 orang peserta, terdiri daripada pelajar dan staf ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.
Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada para peserta merasai pengalaman secara langsung menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Sabah, sekali gus menyemai semangat kesukanan, perpaduan serta kebersamaan antara pelajar dan staf.
Penglibatan bersama antara pelajar dan staf dalam program ini turut mengukuhkan hubungan silaturahim, membina semangat kekitaan serta mewujudkan suasana sokongan positif melalui aktiviti riadah berimpak tinggi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Southern Volunteer atas tajaan tiket perlawanan, yang telah membuka peluang bermakna ini kepada warga ADTEC JTM.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat diteruskan sebagai platform pembangunan sahsiah, kesejahteraan serta perpaduan warga institusi.
