Seramai 36 orang pelajar dari Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal telah menyertai Program Career Talk Lembaga Pelabuhan Johor bertempat di Dewan Al Jazari Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Antara pengisian program adalah ceramah kerjaya oleh IRDA, JPDC, Lembaga Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd serta lawatan ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.