Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem (empat, kanan) melawat bilik akademi teknologi Samsung selepas merasmikan JTM-Samsung Tech Academy @ Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG) di ILP Pasir Gudang hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Dr Mary Wong Lai Lin (dua, kanan), Presiden Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd Lee San Hoon (tengah) dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Adenan Ab Rahman (empat kiri).