07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Khamis, 17 Ogos 2017, bertempat di Dewan Platinum ILP Pasir Gudang, telah dianjurkan program Jelajah Advokasi Connected Youth Malaysia anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Majlis Belia Negeri Johor dengan sokongan ILP Pasir Gudang dengan tema program “Tidak Pasti,Jangan Kongsi”. Program ini yang disertai oleh seramai 250 orang pelajar ILP Pasir Gudang serta 80 orang belia negeri Johor telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ayub Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan & Penerangan Negeri Johor. Program setengah hari ini dimulakan dengan Slot Perkongsian oleh Tuan Kamal Affendy Hassim bertajuk “Tidak Pasti? Jangan Kongsi!”, Diikuti oleh Sesi Dialog TN50 bersama wakil MCMC dan juga wakil Majlis Belia Negeri Johor dengan tajuk Aspirasi Belia untuk Industri Komunikasi dan Multimedia tahun 2050.

17ogos

Skip to content