ILP PASIR GUDANG telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Sehari untuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar Daerah Pasir Gudang. Pada 13 Sept 2017, Rabu (8.30pg – 5.00ptg) SMK Pasir Gudang 3 telah menghantar seramai 15 org pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4, utk menyertai Kursus Asas Pendawaian Elektrik Satu Fasa. Pengajar terlibat En Abd Kahar dan En Muhd Hasif. Pelajar-pelajar tersebut telah didedahkan dengan cara membuat pendawaian domestik di Bengkel Juruelektrik. Setelah tamat bengkel tersebut pelajar yg berjaya diberi Sijil Asas Pendedahan Pendawaian Domestik.