ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Customized Course untuk 43 orang pelajar Diploma Vokasional Malaysia Kolej Vokasional Batu Pahat. Program yang berlangsung pada 5-15 September 2017 ini merangkumi pembelajaran teori dan amali untuk 3 modul iaitu CNC Grinding (En Azrul Bin Maslan; Pensyarah Tek. Pemesinan CNC), CNC EDM Die Sinker (Pn Hasimah bt Kamal; Pensyarah Tek. Pemesinan Am) dan Autodesk Inventor (En Wahid Bin Sabtu; Pensyarah Tek. Rekabentuk Produk Industri). Majlis penutup program ini telah diadakan pada Jumaat, 15 September 2017. Semua pelajar yang berjaya mengikut latihan dengan jayanya telah menerima sijil penyertaan kursus customized daripada ILP Pasir Gudang.