ILP PASIR GUDANG dengan kerjasama MSU – Management & Science University telah menjalankan Program Seminar Kerjaya sesi 2/2017 untuk pelajar-pelajar semester akhir ILP Pasir Gudang yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Program yang telah berlangsung pada 18 September 2017 di Dewan Kuliah Utama (DKU) telah disertai oleh seramai 120 orang pelajar. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang persediaan dan perancangan awal sebelum menempuh alam pekerjaan. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan adalah “Branding and Know Yourself” , “Menjadi Pekerja yang Hebat”, “Tips Menghadiri Temuduga” dan ” Penyediaan Resume dan Cover Letter”.