Kursus Separuh Masa “Diesel Engine Performance Diagnostic” telah dijalankan pada 22 hingga 24 Oktober 2017 di Bengkel Teknologi Automotif, ILP Pasir Gudang. Seramai 11 orang tenaga pengajar dari Pusat Giatmara seluruh Malaysia telah mengikuti secara teori dan amali kursus berkaitan Sistem Pengurusan Enjin Elektronik bagi Enjin Diesel atau lebih dikenali sebagai Diesel CommonRail System pada Enjin Toyota Hilux 2KD-FTV.