Jabatan Pengajian Am ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Kem Kekitaan Moral di Bayu Balau Resort, Kota Tinggi pada 2-3hb November 2017. Seramai 23 orang pelajar Moral telah turut serta. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem ini, antaranya sukaneka, Team Building Game, ceramah motivasi dan Explorace.