Pada hari khamis, 21 Disember 2017, Jawatankuasa Inovasi ILP Pasir Gudang diketuai oleh Pengarah ILPPG Tn Hj Sarman bin Hj Rawan dan 8 pegawai ILPPG yang lain telah mengadakan lawatan penanda aras aktiviti kreativiti dan inovasi ke ADTEC Batu Pahat dan juga dua (2) Pusat Inovasi Akar Umbi di Mukim Ayer Hitam, iaitu Wak Wagiman Dulahabedi yang menghasilkan trak serbaguna yang dikenali sebagai ‘Gerabak Air Hitam’ dan Wak Sopa Bin Yahya yang mencipta ‘Mesin Penugal Nenas’. Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk membolehkan ahli jawatankuasa kreativiti dan inovasi ILP Pasir Gudang menimba ilmu, pengalaman dan juga tips-tips daripada perekacipta (inventor) daripada ADTEC Batu Pahat dari bahagian Kimpalan dan Mekatronik dan dua (2) perekacipta (inventor) akar umbi yang pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sama ada di dalam atau luar negara.