07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Satu kuliah petang bertajuk “Bekerja Hingga Ke Syurga” oleh Penulis Buku Tersohor Negara-Travelog Haji oleh Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim telah diadakan pada 21 Januari 2018 (Ahad) bertempat di Dewan Kuliah Utama,ILPPG pada jam 2.30-4.00 Petang.

Kuliah yang disampaikan amat menyentuh sanubari para penonton yang memenuhi dewan ILPPG dimana Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim dengan jelas dan spontan mengingatkan antara intipati kuliah, bahawa “Dalam hidup ini, walau apapun kita lakukan (seperti bekerja) matlamat utamanya adalah menuju alam akhirat-iaitu syurga firdaus tanpa dihisab!

Pengisian yang cukup padu dan bermanfaat sepanjang hampir 2 jam kuliah ini berlangsung, menambat penonton sehingga tidak berganjak dari kerusi masing-masing.

Didoakan Prof Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat Allah SWT sentiasa.Semoga kita berjumpa lagi dan harapan ILPPG akan terus mengadakan kuliah seumpama ini untuk manfaat semua.

16jan

Skip to content