ILP Pasir Gudang Telah menyertai Program Kembara Kerjaya 5.0 anjuran Unit Swadaya, Negeri Johor selama 4 hari bermula 25 Januari 2018 (Khamis) hingga 28 Januari 2018 (Ahad). Hampir 35 agensi kerajaan (Negeri & Persekutuan) dan swasta telah mengikuti program tersebut. Program ini juga disertai oleh Pihak Industri yang menawarkan kekosongan jawatan kepada orang awam yang berminat. Antara kawasan yg terlibat ialah Batu Pahat, Muar, Kluang, Kota Tinggi dan Nusajaya. Aktiviti utama program ialah pameran peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran, penawaran pekerjaan dan lawatan ke Industri.