ILP Pasir Gudang telah menjalankan Taklimat Penderma Organ dan Program Derma Darah dengan kerjasama Hospital Sultanah Aminah Johor pada 12 Feb 2018 bertempat di Dewan Kuliah Utama dan Dewan Platinum ILPPG. Program ini telah disertai oleh 130 orang penderma yang terdiri daripada pelajar ILP Pasir Gudang. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang telah bermurah hati mendermakan darah.