07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi jabatan dibawah Kementerian Sumber Manusia Negeri Johor telah berlangsung di Niosh Wilayah Selatan. Sebanyak 14 jabatan telah bersama-sama menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr Mohd Gazali Bin Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia bersama-sama Pengarah SPRM Johor, YBhg. Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias.

ILP Pasir Gudang telah diwakili oleh Pengarah ILPPG, Tuan Haji Sarman Bin Hj Rawan. Seramai 230 orang pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan Warga KSM Johor yang hadir telah berikrar dan berjanji menjauhi rasuah yang menjadi musuh utama negara.

 
Skip to content