Bertempat di Dewan Kuliah Utama, Majlis Ikrar Bebas Rasuah ILPPG telah diadakan bagi semua staf dan kakitangan ILPPG. Majlis ini merupakan satu langkah proaktif ILPPG dalam menanamkan tanggungjawab dan iltizam membasmi rasuah. Rasuah sememangnya musuh utama negara dan ia memburukkan imej penjawat awam Malaysia terutamanya.
Ikrar telah dilafazkan dengan penuh semangat oleh staf dan kakitangan ILPPG berjanji dengan teguh tidak sesekali menerima atau memberi rasuah sepanjang berkhidmat untuk negara.