Mesyuarat Jawatankuasa Komuniti ILP Pasir Gudang diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara pihak ILP dan komuniti setempat. Jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada wakil pihak sekolah, jabatan polis dan bomba, jabatan kesihatan dan lain-lain lagi. Selain berkongsi perkembangan dan pencapaian ILP Pasir Gudang kepada pihak komuniti, pihak ILP turut mempromosikan kursus-kursus di ILP Pasir Gudang. Lawatan ke setiap bengkel turut diadakan untuk memberi penerangan lebih lanjut berkenaan setiap kursus yang dijalankan di ILP Pasir Gudang.