Pihak pengurusan ILPPG dan wakil-wakil ILJTM Zon Selatan telah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sebagai langkah permulaan menubuhkan hubungan strategik di antara ILJTM Zon Selatan bersama pihak-pihak sekolah melalui JPN bagi meningkatkan pengambilan pelajar pada sesi akan datang.
Perbincangan ini menyentuh hala tuju alternatif pelajar-pelajar di negeri Johor amnya untuk menyambung pelajaran ke Institusi TVET Malaysia iaitu ILP dan ADTEC sedia ada di Johor. Langkah awal ini akan membawa manfaat kepada ribuan lepasan pelajar SPM yang memilih kemhiran sebagai bidang pekerjaan utama.