07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Senai Johor telah berlangsungnya acara tahunan ILPPG iaitu Hari Keluarga (Family Day) KSDK ILPPG 2018. Seramai hampir 200 ahli dan keluarga berhimpun selama dua(2) hari ini meliputi 76 keluarga.

Seawal 2.30 petang, 27hb pendaftaran dimulakan dan diikuti acara pertama iaitu perlawanan boling bagi 8 kumpulan.Pada sebelah malamnya, acara utama iaitu makan malam dan hadiah cabutan bertuah menjadi suatu acara yang ditunggu-tunggu. Hadiah turut meliputi ‘Best Dress’ yang bertemakan ‘White & Denim’ bagi lelaki, Wanita dan Keluarga. Kemudian acara cabutan bertuah dimana hadiah utama adalah TV Led 32 inci dan juga Pakej Perlancongan.

Keesokan harinya, 28hb seawal 7.00 pagi sarapan dimulakan dan tepat jam 9.00 pagi acara senamrobik dan sukaneka pun bermula. Acara sukaneka mempunyai 7 acara dewasa dan 6 acara untuk kanak-kanak. Makan tengahari bermula pada jam 12.30 tengahari dan ‘check-out’ pada pukul 2 petang.

Skip to content