Pihak pengurusan ILPPG sentiasa menambah baik dan melakukan pelbagai usaha bagi peningkatan mutu latihan kemahiran pelajar-pelajar ILPPG. Kerjasama dengan pihak industri adalah antara usahanya. Baru-baru ini telah berlangsungnya lawatan pengurusan ke Syarikat Gemilang Coach Work bagi membincangkan Program Usahasama di antara ILPPG dan Gemilang Coach Work Sdn Bhd. Semoga kerjasama ini berjaya diadakan dan meningkatkan kepercayaan pihak industri terhadap pelajar lepasan ILPPG amnya.