ILPPG telah menerima kunjungan muhibbah dari pihak pengurusan dan tenaga pengajar The Japanese School (Johor) pada hari ini. Lawatan bermula jam 2.00 petang di Bilik Seminar bagi sesi pengenalan dan taklimat, seterusnya rombongan dibawa melawat ke bengkel-bengkel ILPPG. Pihak JSJ juga diberi peluang mengikuti latihan pendek di bengkel Automotif.