07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program sambutan bulan kemerdekaan merupakan acara tahunan ILPPG dalam menyemarakkan semangat cinta akan negara dan sebagai satu wadah bagi kita memperingati perjuangan pejuang-pejuang terdahulu dalam menabur bakti memperjuangkan kemerdekaan Negara. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Sarman Bin Haji Rawan selaku Pengarah ILPPG. Acara dimulakan dengan senamrobik diikuti perbarisan lintas hormat oleh unit beruniform sebelum sorakan merdeka setiap bengkel diadakan. Turut diadakan pertandingan Maskot Merdeka, Kawad Kaki, Kreativiti Jalur Gemilang, Futsal Wanita dan Tarik Tali.

 

Skip to content