Program Projek Mendaftar Anak Malaysia peringkat Johor Bahru telah diadakan pada 8-9 September 2018 (9 pagi hingga 5 petang) di Arulmigu Raja Mariamman Temple, Jalan Ungku Puan, Johor Bahru. Program yang telah dirasmikan oleh YB Dr S Ramakrishnan, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Johor ini bertujuan menangani isu dokumentasi pendaftaran sijil kelahiran, kad pengenalan mahupun isu kewarganegaraan. Pihak ILPPG turut dijemput selama dua(2) hari tersebut bagi membuat hebahan berkenaan kursus sepenuh masa dan separuh masa di ILPPG.