Projek kreativiti dan inovasi “Smart Paddle” telah berjaya memikat hati para hakim dengan keunikan dan kebolehpasaran produk yang direka sekaligus memenangi pingat perak dalam pertandingan INATEX 2018 UTM, Skudai Johor. “Smart Pedal” adalah hasil idea En Wahid Sabtu, pensyarah dari Kursus Teknologi Rekabentuk Produk Industri yang mana projek ini adalah pedal kenderaan bagi OKU.