07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kem Asas Kebombaan telah diadakan pada 1 hingga 3 November 2018 di Sedili Kechil, Kota Tinggi. Kem selama 3 hari ini dianjurkan oleh Briged Bomba dan Penyelamat ILPPG dengan bantuan dari Unit Latihan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang. Seramai 4 orang jurulatih telah ditugaskan melatih dangan dibantu 11 orang penyelaras. Program ini dijalankan bagi melengkapkan pembelajaran secara amali dan teori mengikut module yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat seperti tatacara menyelamat di darat dan di air, kemahiran ikatan/simpulan tali, ikhtiar hidup, night walk, “Fire Drill”, kawad kaki dan lain-lain lagi. Diselitkan juga aktiviti kemasyarakatan iaitu para peserta bergotong royong membersihkan kawasan pantai bagi memberi keselesaan kepada pengunjung lain.

Skip to content