Kumpulan Qasidah Usrah Huzaifah Ibn Yaman ILPPG sekali lagi dijemput untuk mengalunkan Qasidah bagi memeriahkan Sambutan Maulidurrasul peringkat daerah bertempat di perkarangan Masjid An Nur Pasir Gudang. Sambutan yang dihadiri lebih 3000 orang itu turut dihadiri oleh Ahli YB Parlimen Pasir Gudang, YB ADUN Permas , YDP Pasir Gudang dan div-div kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan Selawat beramai-ramai yang diketuai oleh En Noorazam B Yaakob selaku guru pembimbing Kumpulan Qasidah ILPPG.