Pertandingan National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2019 atau lebih dikenali sebagai iCompEx ’19 anjuran Polimas bertempat di Dewan Wawasan, Jitra bermula pada 19-21 Mac 2019. ILP Pasir Gudang telah menghantar sebanyak 3 projek untuk dipertandingan iaitu Smart Paddle (Bengkel Teknologi Rekabentuk Produk Industri), i-Tap (Bengkel Teknologi Automotif) dan Robot IoT (Bengkel Teknologi Elektronik Industri).
Aturcara penutupan diadakan pada 21 Mac 2019 di sebelah petang dengan kehadiran tetamu kehormat YB.Dr Salmee Binti Said, Ahli Mesyurat Kerajaan Negeri Kedah. Turut bersama YB.Dr, barisan kepimpinan tertinggi Politeknik Malaysia. Pasukan kreativiti dan inovasi ILPPG berjaya memperolehi 2 pingat Emas melalui projek Smart Paddle dan projek Robot IoT. Manakala pingat Perak pula melalui projek i-Tap.
