Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat ILPPG 1404H dimulakan dengan perarakan selawat oleh setiap bengkel seawal 9.00 pagi dari dataran bengkel TD sehingga ke dataran Dewan Kuliah Utama,ILPPG. Selesai perarakan, acara diteruskan dengan bacaan Al-Quran, berzanji dan persembahan qasidah di dalam DKU, diikuti dengan ceramah sempena Maulidur Rasul “Cabaran Umat Islam Masa Kini, Penyelesaian Cara Rasulullah SAW” oleh penceramah undangan Da’i Azam Al-Kankari.
Acara diteruskan dengan persembahan pengajar dan juga penyampaian hadiah bagi pertandingan pra-Maulud dan pertandingan perarakan serta Anugerah Ulul-Albab. Hadiah Tokoh Maulidurrasul 2019 ILPPG dianugerahkan kepada Tuan Pengarah ILPPG iaitu Tuan Haji Sarman Bin Haji Rawan. Selain itu, turut dianugerahkan kepada pelajar-pelajar cemerlang setiap bengkel dengan Tokoh Maulidurrasul Pelajar 2019.