Pada 22-24hb Februari, ILPPG telah mengadakan Kursus Asas Rombak Rawat Enjin kepada 8 peserta di kalangan orang awam yang berminat dalam bidang automotif. Kursus ini dirangka khas selama 3 hari untuk para peserta mengalami sendiri teknik dan cara yang betul dalam proses servis asas enjin kereta. Kursus tiga hari tersebut padat dengan aktiviti teori dan amali di mana kursus tersebut dikendalikan oleh Bengkel Teknologi Automotif, ILPPG oleh Encik Wan Mustapha Hj Mohamed Zain.