Program Promosi Jom Masuk ILPPG 2019 bermula di SMK Taman Kota Kulai, Kulai Johor. Bermula jam 8.30 pagi dewan terbuka dipenuhi dengan pelajar-pelajar sekolah dalam Pameran Eksplorasi Alam Kerjaya. Wakil ILPPG iaitu En Azri dan En Dzul telah berjaya memperkenalkan ILP Pasir Gudang buat warga sekolah disamping mempromosi Jom Masuk ILPPG.
Pelbagai informasi dan pengalaman pembelajaran di ILPPG telah dikongsikan agar pelajar-pelajar berminat menyambung pelajaran selepas SPM kelak di ILP Pasir Gudang. Mudah-mudahan pelajar-pelajar memilih kemahiran dalam hala tuju kerjaya mereka.