Pada hari rabu ini berlangsungnya audit dalaman EKSA ILPPG bagi seluruh zon. Audit dimulakan dengan mesyuarat pembukaan sebelum lawatan ke zon-zon yang telah ditetapkan. EKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan zon disamping pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurusan aset dan kemudahan sedia ada. Ini adalah saah satu usaha dalam menjadikan ILPPG sebagai institut kemahitan yang kondusif lagi proaktif dalam menjaga kebersihan, keceriaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta berjaya dalam pengurusan aset dan kemudahan yang baik.