Sejajar dengan langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan, ILP Pasir Gudang mengorak langkah proaktif turut serta menandatangani Komitmen Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. Mulai jam 10.30 pagi bertempat di lobi ILP Pasir Gudang, kakitangan dan pelajar mula beramai-ramai menandatangani komitmen dasar tersebut yang dianjurkan oleh JKKP, KSM, NCOSH dan The Malaysia Book of Records dalam menjayakan Record Attempt “Most Number Signatures Collected In A Campaign”, In Conjuction of World Day for Safety & Health at Work 2019.