07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Dalam cabaran Royal Rumble Robo Combat 2019 bersempena Malaysia Autoshow 2019 anjuran bersama Kinabalu Coders dan MARii, 15 pasukan telah berentap di dalam saingan akhir Royal Rumble. Desingan senjata dan kelajuan robot saling berlanggar untuk menewaskan lawan masing-masing. Bunyi hiruk-pikuk bersama sorakan penonton menggamatkan gelanggang dalam mencari “Champion of Royal Rumble”. Akhirnya, rezeki berpihak kepada pasukan Scorp RC3, ILP Pasir Gudang yang berjaya menguasai petak kuning. Bagi pertandingan Robo Combat pula, pasukan Scorp RC2 mendapat tempat ke-4 keseluruhan dari 32 pasukan.

 

Skip to content