Klinik Sukan ILPPG bermula pada 12hb April 2019(Jumaat) secara berperingkat melibatkan semua bahagian. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola tampar, bola jaring, badminton dan gusti lengan. Pada 30hb April 2019, antara acara yang dipertandingkan pada hari tersebut bersempena Majlis Penutup Klinik Sukan 2019 ialah tarik tali, perlawanan akhir bola sepak, sukaneka dan acara utama ialah pertandingan perarakan.